Rabu, 16 September 2015

KELAB BOLA SEPAK AA11 FC

Kelab Bola Sepak AA11 FC adalah salah satu kelab daripada 30 Kelab yang diterajui oleh Majlis Amanah Qualiti Internet Biru (MAQIB).Kelab ini di pengerusikan oleh En Mohd Aidil Bin Abdul Aziz,selaku Presiden kelab.

Tujuan Kelab Bola Sepak AA11 FC di tubuhkan untuk menggabungkan semua penggiat seni terutama dalam Malaysia berkumpul di bawah satu bumbung sebagai sebuah kelab yang akan menjalankan pelbagai bentuk aktiviti yang mendatangkan faedah bersama kepada semua ahli-ahli kelab.

Kelab Bola Sepak AA11 FC ditubuhkan bagi mewujudkan  satu komuniti seni yang sihat berdasarkan kepada tujuan atau  matlamat seperti berikut :
1.Memupuk semangat  "SETIAKAWAN  & SETIAKERJA" diantara ahli-ahli kelab seluruh Negara Malaysia dengan harapan dapat mewujudkan satu gabungan kekeluargaan dan masyarakat yang baik.
2.Menjadikan kelab ini sebagai satu platform atau pengantara antara ahli-ahli,industri berkaitan dengan  mengemukakan segala pandangan,permasalahan dan sebagainya dengan pihk berwajib.
3.Mewujudkan satu komuniti yang sihat dan memberi penerangan kepada masyarakat majmuk Malaysia khususnya,dunia amnya.bahawa sukan bola sepak mempunyai unsur-unsur kesihatan,jasmani dan rohani serta semangat kesukanan yang tinggi dapat mengeratkan ukhwah sert silaturrahim sesama artis, ahli dan masyarakat.
4.Menjayakan aktiviti-aktiviti yang sihat dan riadah untuk ahli-ahli dan masyarakat umum.
5.Menjalankan tanggungjawab sosial bagi mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian dalam kehidupan masyarakat majmuk Negara Malaysia.
6.Membantu pihak berwajib dan Kerajaan dalam membanteras bencana gejala sosial yang berlaku seperti membentuk ahli jawatankuasa  bertindakkhas untuk memberi segala bentuk sokongan,sumbangan dan bantuan kepada Kerajaan Malaysia dalam menanganinya.
7.Memartabatkan gabungan sebagai sebuah intitusi yang menjaga kepentingan bersama di bawah naungan Undang-Undang dan Perlembagaan Negara Malaysia .
8.Akan bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia (IM4U,MBM dan sebagainya) dan mana-mana Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan yang lain dalam  semua bentuk aktiviti-aktiviti sukarelawan yang dianjurkan bersama.


MOTO Kelab Bola Sepak AA11 FC

Bersemangat  Bekerjasama  Berusaha